Rumah Bujang Berserambi Berselasar Terengganu

By Unknown - August 02, 2017

Siri Ke-4 Kraf Rumah Tradisional Malaysia
RUMAH BUJANG BERSERAMBI BERSELASAR TERENGGANU



Rumah Bujang Berserambi Berselasar atau Rumah Tiang Seribu antara salah satu rumah tradisional yang terdapat di Terengganu. Rumah ini mempunyai banyak tiang tetapi bilangan tiang asas hanya sebanyak 12 tiang. Model rumah ini berdasarkan binaan rumah sebenar yang masih wujud dan kini di bawah seliaan dan jagaan Muzium Negeri Terengganu.












Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Haji Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Abdul Kadir Kolam. Rumah ini dipercayai telah dibina pada tahun 1885 oleh anak-anak murid beliau secara bergotong royong.

 


Selain daripada ruang ibu dan berserambi, rumah ini ditambah dengan satu lagi ruang yang dinamakan selasar yang berfungsi sebagai ruang untuk mengajar mengaji, menjahit pukat atau jala dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kaum lelaki. Sebahagian dinding rumah ini dihiasi dengan ukiran dan lubang-lubang angin.

Rumah ini telah dihadiahkan kepada Muzium Negeri Terengganu oleh Tuan Haji Hashim Bin Mohamad pada tahun 1997 dan didirikan semula di tapak ini pada tahun 1997.







video youtube, jangan segan2 skodeng channel den, SUBSCRIBE sekali ye hehehe
terima kasih:)

  • Share:

You Might Also Like

1 kongsi minat