Rumah Melaka Tiang Dua Belas

By Unknown - March 28, 2017

Siri ke-2 Kraf Rumah Tradisional Malaysia
RUMAH MELAKA TIANG DUA BELAS

Negeri kesukaan den ni hahaha 


Rumah-rumah serambi Melaka yang asal menggunakan 12 tiang utama pada rumah ibu. 
Tiang-tiang tersebut terdiri dari 6 batang tiang serambi sama naik dan 6 batang tiang panjang. Versi ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya
terdapat serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti di hadapan rumah. 



Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali di bahagian dapur yang mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah ini dibuka sedikit untunk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah. Bahagian selang rumah pula di dinding. Berbeza dengan rumah kutai perak. Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini.




Lazimnya rumah ini dimiliki  oleh orang kebiasaan, maka reka bentuk rumah ini terhad kepada fungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu, rumah dapur dan serambi. Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang, memudahkan kaum wanita bertandang. Keseluruhan rumah adalah diperbuat daripada kayu meranti. Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang tinggi. Ia turut menempatkan sebuah ruang terbuka yang luas. Kebiasaan tidak terdapat bilik di sini, tetapi keluasan ruang ini boleh menempatkan sehingga dua bilik. 

Rumah ibu dihubungkan oleh selang yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah dari aras rumah ibu dan rumah dapur serta mempunyai dinding. Rumah dapur menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat pelantar yang berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang meletak hasil yang diperolehi dari kebun atau sungai.


Tq

video youtube, jangan segan2 skodeng channel den, SUBSCRIBE sekali ye hehehe
terima kasih:)


  • Share:

You Might Also Like

1 kongsi minat

  1. NAK VIDEO LENGKAP .. BKN NAK TENGOK SYELEK JE .. KLAU TU SMUA ORG BLH BUAT .. NK TNGOK CARA , LANGKAH2 DIA MCM MNA .. XKN LH TNGOK JE STICK TU TRUS BDRI JDI SBUAH RUMAH .. THEN TINGGAL SYELEK

    ReplyDelete